← Back to list
Kematian Zulfarhan Osman: 18 penuntut UPNM diarah bela diri
Jul 31, 2019
Kematian Zulfarhan Osman: 18 penuntut UPNM diarah bela diri
Foto - Astro Awani
Kronologi kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain bakal memasuki episod baru.
Ini selepas Mahkamah Tinggi KL memerintahkan 18 penuntut UPNM yang terbabit kes itu membela diri antara 2 Oktober hingga 4 Disember depan.
Namun, seorang tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.
-----
Tiada cadangan gabungkan ITBM dan DBP
Foto - Malaysia Gazette
Kerajaan tidak bercadang menggabungkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebaliknya, kedudukan ITBM akan diperkasakan bersama-sama agensi lain yang berada di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan.
Malah, ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.
-----
Kelantan tidak setuju dekreminalisasi penagih dadah
Foto - mStarOnline
Kerajaan negeri Kelantan tidak setuju dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mahu melaksanakan dekreminalisasi terhadap penagih dadah.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu dilihat menyebabkan penagihan dadah akan meningkat.
Sebaliknya beliau mahu undang-undang sedia ada dikekalkan, selain kerajaan perlu tampil dengan program-program pencegahan yang baru.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather