← Back to list
Kehilangan remaja warga Ireland bukan kes culik
Aug 05, 2019
Kehilangan remaja warga Ireland bukan kes culik
Foto - Berita Harian
Polis Negeri Sembilan berkata, misteri kehilangan remaja perempuan warga Ireland di sebuah resort di Seremban bukan kes culik.
Pihaknya beritahu MalayMail, kes kehilangan gadis berusia 15 tahun itu sebaliknya diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
Sehingga kini, 159 orang terbabit misi mencari dan menyelamat itu termasuk satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am Cheras.
-----
Jangan perbesarkan isu pergaduhan dua kumpulan di kuil
Foto - Berita Harian
Orang ramai diminta untuk tidak memperbesarkan isu pergaduhan di antara dua kumpulan dekat sebuah kuil di Bestari Jaya, malam tadi.
Polis Selangor berkata, kejadian itu hanya melibatkan dua kumpulan yang bertindak di luar kawalan sehingga mencetus pergaduhan.
Terbaru, seramai 28 individu direman lima hari bagi membantu siasatan rusuhan di Kuala Selangor itu.
-----
JTKSM tidak pernah tawarkan dana RM8,500
Foto - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tiada kaitan dengan aktiviti penawaran dana sebanyak RM8,500 yang boleh di capai melalui link: http://bit.ly/Gov-MY.
Malah jelas Kementerian Sumber Manusia, JTKSM tidak pernah mengiklankan perkara tersebut di dalam laman web utama mereka.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menasihatkan orang awam untuk tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang tidak disahkan oleh pihak Kementerian atau Jabatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather