← Back to list
Lokasi sambutan Hari Malaysia Isnin nanti dipindahkan ekoran jerebu.
Sep 12, 2019
Lokasi sambutan Hari Malaysia, Isnin nanti dipindahkan ekoran jerebu.
Ia diubah dari Padang Merdeka ke lokasi tertutup iaitu Stadium Perpaduan di Kuching kerana bimbang kesihatan orang ramai.
Pagi ini, Johan Setia di Klang, Selangor merekodkan bacaan udara sangat tidak sihat.
Manakala Sri Aman, Sarawak dan 15 kawasan lain di Semenanjung mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Sementara itu, Perdana Menteri enggan ulas panjang dakwaan Menteri Alam Sekitar Indonesia bahawa jerebu di negara ini disebabkan pembakaran di Sarawak.
Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak ambil serius kenyataan itu dan anggap ia komen peribadi menteri tersebut.
13 universiti di Malaysia tersenarai sebagai Universiti Terbaik Dunia berbanding 11, sebelum ini.
Antara yang baru tersenarai adalah Universiti Malaysia Perlis.
Universiti Malaya kekal sebagai Universiti Terbaik negara apabila tersenarai di tangga 300 hingga 350.
Bekas Presiden ke-3 Indonesia, BJ Habibie meninggal dunia.
Tun M mewakili kerajaan Malaysia ucap takziah kepada seluruh rakyat Indonesia dan keluarga bekas Presiden ke-3 republik itu, BJ Habibie.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semalam ketika dirawat di hospital akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung dan paru-paru.
BJ Habibie yang merupakan presiden pertama pasca era Suharto, terkenal sebagai negarawan dan tokoh akademik yang mencintai ilmu dan mesra rakyat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather