← Back to list
Kelajuan internet minimum 500 Mbps menjelang 2021
Sep 16, 2019
Kelajuan internet minimum 500 Mbps menjelang 2021
Foto - Govtech.com
Kerajaan sasar kelajuan internet mencapai minimum 500 Mpbs di 100 peratus premis di semua ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih menjelang tahun 2021.
Selain itu, 98 peratus kawasan berpenduduk pula disasar mempunyai akses itu dengan mencapai kelajuan purata 30Mbps menjelang 2023.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia amat menyedari keperluan untuk mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan Malaysia mampu menghubungkan rakyat, perniagaan dan industri ke dunia global.
-----
Sekolah di Putrajaya cuti esok jika IPU kekal lebih 200
Foto - SelangorKini
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkata, sesi persekolahan 25 buah sekolah di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu akan ditangguhkan esok jika bacaan IPU terus melebihi 200 atau status sangat tidak sihat.
Katanya, pengumuman akan dikeluarkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan rujukan asas kepada Pelan Jerebu Kebangsaan.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan IPU di Putrajaya masih di paras sangat tidak sihat selain Johan Setia di Klang serta Kuching, Sri Aman dan Samarahan di Sarawak.
-----
Tun M muncul dalam video muzik Hazama
Foto - YouTube Chedet Official
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat penampilan istimewa dalam video muzik lagu patriotik berjudul ‘Anak Bangsa Malaysia’ sempena Hari Malaysia, hari ini.
Video muzik berdurasi 4 minit 12 saat nyanyian Hazama itu dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Tun Mahathir malam tadi juga di saluran YouTube Chedet Official.
Ia turut memaparkan pertemuan Tun M dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Forum Ekonomi Timur Ke-5 di Vladivostok, Rusia, baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather