← Back to list
Hujan lebat dan ribut petir ketika ini dijangka menyebabkan banjir kilat.
Oct 04, 2019
Fasa peralihan monsun ketika ini dijangka menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tiada sistem saliran yang baik.
Justeru Jabatan Meteorologi menasihatkan orang ramai lebih waspada dan kurangkan aktiviti luar ketika hujan lebat dan ribut petir bagi elak kejadian buruk.
Malaysia mengalami fasa peralihan monsun sejak minggu lalu dan dijangka berterusan sehingga minggu ke-2 bulan ini sebelum beralih ke monsun timur laut.
Ketika monsun timur laut pula, biasanya negeri-negeri di pantai timur mengalami hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.
AR Badul batal permohonan inkues kes kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.
AR Badul batal hasrat mohon diadakan inkues bagi mencari punca sebenar kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.
Jelas pelakon dan pelawak veteran itu kepada HM, ini selepas dia memahami kronologi sebenar kejadian hasil pertemuan dengan wakil Tentera Darat.
Allahyarham Mejar Mohd Zahir meninggal dunia terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi, Sabah awal bulan lalu.
Malaysia di tangga ke-23 lindungi kanak-kanak dari eksploitasi seksual.
Malaysia duduki tangga ke-23 daripada 60 negara yang melindungi kanak-kanak daripada jadi mangsa keganasan seksual.
Menurut satu laporan antarabangsa, Malaysia dianggap mempunyai persekitaran yang agak stabil dan selamat untuk kanak-kanak.
Namun, kesedaran masyarakat dalam melaporkan kes penderaan seksual kepada pihak berkuasa dan pendidikan seks berkualiti untuk kanak-kanak perlu diperkasa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather