← Back to list
Kerajaan Mungkin Perkenal Beberapa Cukai Baru
Oct 06, 2019
Kerajaan Mungkin Perkenal Cukai Baru
Kerajaan mungkin perkenal beberapa cukai baru yang tidak terlalu membebankan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan memperkemaskan sistem percukaian sedia ada agar tiada lagi pihak sengaja ambil kesempatan melepaskan diri.
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan demikian selepas melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Inisiatif itu letak 10 sasaran utama antaranya pendapatan isi rumah B40 melebihi RM5,800 sebulan dan perniagaan Bumiputera sumbang 20 peratus nilai KDNK.
Kebajikan Pekerja Wanita Dalam Sektor Swasta Akan Lebih Terbela
Kerajaan bercadang naikkan tempoh cuti bersalin pekerja sektor swasta daripada 60 hari kepada 98 hari.
Kementerian Sumber Manusia memaklumkan The Star, kerajaan juga bercadang perkenal garis panduan baru untuk kebajikan pekerja wanita.
Antaranya pekerja mengandung tidak boleh dipecat melainkan majikan dapat buktikan alasan pemecatannya tiada kaitan dengan kehamilannya.
Isu Bekalan Air Berbau Makin Pulih
22 daripada 33 kawasan di Selangor dan KL yang terjejas dengan masalah air berbau telah pulih.
Namun menurut Air Selangor, pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan sehingga ia pulih sepenuhnya.
Khazanah Tak Minat Jual PLUS
Khazanah Nasional yang merupakan Pemegang saham utama PLUS tidak berminat jual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Pihaknya memaklumkan pendirian tegas itu susulan tawaran ambil alih konsesi lebuh raya tersebut oleh sebuah konsortium berpangkalan di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather