← Back to list
Pembentangan Belanjawan 2020 esok jadi harapan belia.
Oct 10, 2019
Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok menjadi harapan golongan belia.
Menteri Belia dan Sukan memaklumkan Berita Harian, sekurang-kurangnya 3 berita baik dinantikan golongan muda bagi memacu sosioekonomi mereka.
KBS telah kemuka beberapa usul untuk pertimbangan antaranya gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 dan elaun pelatih TVET dinaikkan.
Bantuan kewangan buat kanak-kanak miskin bawah 2 tahun belum sesuai dilaksana.
Cadangan beri bantuan antara RM150 hingga RM200 kepada semua kanak-kanak bawah usia 2 tahun daripada keluarga miskin belum sesuai dilaksana.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, ini kerana kerajaan sedang membangunkan Pelan Perlindungan Sosial Kebangsaan, jadi biarlah ia selesai terlebih dahulu.
Tambahan pula, kerajaan akan perkenal Program Sarapan Percuma yang beri manfaat kepada 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh negara tahun depan.
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan.
Dewan Rakyat semalam memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang digubal sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.
Kerajaan Pakatan Harapan memaklumkan, mereka komited memansuhkan akta tersebut yang didapati berpotensi disalahguna dan ada pihak mungkin dizalimi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather