← Back to list
Sekolah di Putrajaya diminta tidak gunakan belon berisi gas dalam sebarang aktiviti.
Oct 14, 2019
Sekolah di Putrajaya diminta supaya tidak gunakan belon berisi gas dalam sebarang aktiviti.
Arahan itu dibuat oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya agar insiden belon meletup dalam satu program kelmarin tidak berulang.
Dalam pada itu menurut Timbalan Perdana Menteri, insiden terbabit mungkin berpunca daripada gas helium yang dicampur bagi menjimatkan kos.
16 cedera akibat kejadian yang berpunca apabila ada individu cuba memotong tali pengikat belon menggunakan pemetik api.
Nama baru universiti gabungan UMT dan UNISZA akan ditemtukan selepas perkenan Sultan Terengganu.
Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, ia akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas yang menyediakan cadangan kerangka universiti hasil penggabungan itu.
Jawatankuasa khas itu diminta mencipta beberapa nama yang bersesuaian agar tidak menenggelamkan nama kedua-dua universiti berkenaan.
Seorang kanak-kanak OKU diselamatkan selepas terkurung dalam rumah bersama mayat ibunya.
Itupun selepas kakak mangsa yang tinggal berasingan mengunjungi kediaman 2 beranak itu di JB dan meminta bantuan bomba.
Ketika ditemui, kanak-kanak 12 tahun itu berada dalam bilik air dan kelaparan, manakala ibunya dipercayai sudah meninggal dunia 4 atau 5 hari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather