← Back to list
5 urusan utama di JPN boleh dibuat secara online mulai tahun depan.
Oct 17, 2019
Bermula tahun depan orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter JPN untuk 5 urusan utama.
Ini kerana urusan berkenaan boleh dibuat secara dalam talian antaranya pendaftaran kelahiran dan permohonan MyKad.
Pemohon hanya perlu hadir untuk kemuka bukti dokumen-dokumen asal sebelum membuat kutipan.
Banjir dijangka melanda Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung bulan depan.
Pada Disember, selain Kelantan dan Terengganu, Pahang dan timur Johor juga diramal turut mengalami bencana alam itu.
Namun pada Januari nanti, Kelantan dan Terengganu tidak lagi berada dalam senarai - yang terlibat adalah Pahang, Johor dan barat Sarawak.
Tahap banjir pula dijangka hampir sama dengan keadaan yang berlaku semasa tahun 2016 dan 2017.
Isu tajuk kontroversi Pertandingan Debat Piala Tun Razak serius.
Kerajaan pandang serius isu Pertandingan Debat Piala Tun Razak yang melibatkan topik kontroversi yang menyentuh sensitiviti Islam baru-baru ini.
Menurut Jabatan Perdana Menteri, walaupun permohonan maaf sudah dibuat tapi kenyataan dan alasan yang diberikan tidak boleh diterima sama sekali.
Pihaknya juga minta semua pihak yang anjur pertandingan debat supaya lebih peka dan beri tumpuan kepada tajuk yang membina negara.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather