← Back to list
Kerajaan lancar Dasar Pengangkutan Negara.
Oct 18, 2019
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lancar Dasar Pengangkutan Negara, DPN 2019-2030.
Ia menggariskan 5 teras dengan 23 strategi untuk 4 sektor pengangkutan utama iaitu udara, darat, maritim dan logistik.
Antaranya meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan, kelancaran perkhidmatan pengangkutan dan pengangkutan hijau.
Jangan gopoh mansuh aliran Sains dan Sastera tingkatan 4 tahun depan.
Majlis Profesor Negara, MPN minta Kementerian Pendidikan tidak tergesa-gesa laksana pemansuhan aliran sastera dan sains bagi murid tingkatan 4.
Ini kerana ia dikhuatiri beri kesan terhadap kursus di universiti dan usaha kementerian menggalakkan subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Minggu lalu KPM umum mulai tahun depan murid tingkatan 4 dibenar pilih subjek ikut minat mereka sebab tiada lagi kelas aliran sains dan sastera.
Laman web e-bayaran UM digodam.
Laman web e-bayaran UM dilapor jadi mangsa penggodam yang turut meninggalkan mesej antaranya anti-rasis dan desak Naib Canselor letak jawatan.
Ia dipercayai susulan kes seorang graduan melakukan protes di atas pentas semasa istiadat konvokesyen universiti ulung negara itu baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather