← Back to list
Kerajaan Bakal Umumkan Rakan Strategik Malaysia Airlines
Oct 22, 2019
Kerajaan akan melantik rakan strategik untuk Malaysia Airlines dalam masa terdekat.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, 4 pembida telah disenarai pendek, namun nama syarikat terbabit tidak didedahkan.
Tambahnya, di bawah pelan baru, kerajaan akan tetap jadi pemegang saham terbesar syarikat penerbangan itu.
Dalam perkembangan lain, kerajaan belum terima tawaran yang sesuai, berhubung pengambilalihan Lebuhraya PLUS.
Menurut Perdana Menteri, setakta ini empat tawaran diterima daripada pihak swasta namun semuanya tidak menarik minat kerajaan.
JPJ Terengganu Buat Laporan Polis
JPJ Terengganu buat laporan polis, tindakan sekumpulan individu cetuskan provokasi dan merosakkan kenderaan agensi berkenaan, malam tadi.
Rakaman video yang viral menunjukkan beberapa individu memarahi tiga anggota JPJ, kerana mendakwa mereka punca berlakunya satu kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi.
Namun hasil siasatan JPJ, mendapati kemalangan terbabit tiada kaitan dengan tiga anggotanya yang menjalankan tugas memeriksa lori berhampiran lokasi kejadian.
Terdahulu dalam kemalangan tersebut, seorang murid tahun enam hilang kaki kanannya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather