← Back to list
Tiada bukti vape dan e-cig bantu rawat ketagihan merokok
Oct 23, 2019
Foto - mStar Online
Tidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa penggunaan vape dan rokok elektronik adalah selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya juga tidak menerima maklumat kononnya cacair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada paru-paru.
Foto - Malaysia Dateline
Kerajaan Jun lalu menubuhkan jawatankuasa khas dalam usaha mengawal selia isu penggunaan vape dan rokok elektronik bagi mengawal penggunaan alat tersebut.
Pihaknya juga bekerjasama dengan pentadbir media sosial bagi menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan rokok elektronik.
Foto - New Straits Times
Kementerian Kesihatan turut mendedahkan, seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini.
Data itu diperoleh menerusi ‘Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia’ yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather