← Back to list
KDN wartakan larangan komik 'Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama'.
Oct 24, 2019
Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap komik propaganda politik yang heboh diperkatakan ketika ini.
Ini kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan tidak menjaga sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini.
Komik itu juga katanya boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia.
PDRM akan dapatkan khidmat pakar sejarah untuk mendapatkan kesahihan fakta kandungan komik berkenaan.
Setakat ini, pihaknya sudah terima 46 laporan berkaitan penerbitan dan pengedaran komik itu secara percuma di sekolah.
KPM tidak akan campur tangan dalam isu pelajar UM protes semasa konvokesyen.
Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam kes graduan UM mengadakan protes semasa istiadat konvokesyen universiti itu.
Ujar menterinya, Dr Maszlee Malik, ini kerana pihaknya menghormati kuasa autonomi universiti awam itu dalam mengendalikan kes tersebut.
Ia juga bermakna KPM tidak akan jadi pengantara bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Hujan lebat, ribut dan banjir ketika ini menandakan musim tengkujuh sudah bermula.
Terkini 4 negeri dilanda banjir iaitu Johor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor cecah hampir 1,000 mangsa.
Manakala di Kuala Lumpur, seorang wanita maut dihempap pokok dalam kejadian ketika hujan lebat di depan pintu utama Universiti Malaya, UM.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather