← Back to list
RM400 Juta Lesap Angkara Jenayah Siber
Nov 03, 2019
RM400 Juta Lesap Angkara Jenayah Siber
Jumlah kerugian akibat jenayah siber dan multimedia di negara ini telah mencecah lebih RM400 juta.
Menurut PDRM, ia merangkumi hampir 9,700 kes sejak 1 Januari lalu dan ia menunjukkan tahap membimbangkan serta perlu ditangani segera.
3 negeri catat kes tertinggi iaitu Selangor diikuti Johor dan KL.
Semua Papan Tanda dan Iklan Bertulisan Jawi di Pahang Mulai Januari
Pemilik premis perniagaan dan papan iklan di Pahang yang belum guna tulisan jawi diminta segera berbuat demikian.
*foto BERNAMA
Menurut kerajaan negeri, mereka hanya ada kira-kira 2 bulan sahaja lagi sebelum dikenakan tindakan.
Pihak yang gagal mematuhinya boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ketetapan menggunakan tulisan jawi yang bersaiz sama seperti tulisan rumi dibuat bertujuan memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather