← Back to list
KPM sudah edar surat pemansuhan aliran sains dan sastera.
Nov 19, 2019
Kementerian Pendidikan sudah edar surat ke semua sekolah berkenaan pemansuhan aliran sains dan sastera babitkan murid Tingkatan 4.
Menurut KPM, pihak sekolah boleh beri penjelasan lanjut kepada murid mengikut panduan yang terkandung dalam surat berkenaan.
Jelas kementerian lagi, pemansuhan aliran sains dan sastera perlu dilaksanakan mengikut keupayaan dan situasi setiap sekolah.
Tarikh peperiksaan ulangan SPM mungkin akan ditambah tahun depan.
Menurut Kementerian Pendidikan, calon dibenarkan untuk ambil peperiksaan ulangan 3 ke 4 kali setahun bergantung kepada permintaan.
Bilangan subjek untuk peperiksaan itu juga mungkin akan ditambah daripada 3 kepada 9 termasuk Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia.
Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara bakal dilakukan Khamis ini.
Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara bakal dilakukan buat pertama kali di Subang, Khamis ini.
Menteri Pembangunan Usahawan berkata beliau akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan berkenaan yang boleh memuatkan 2 orang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather