← Back to list
Senarai pekerjaan berisiko akan diedarkan ke sekolah bulan depan.
Nov 20, 2019
Senarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko akan diedarkan ke sekolah, bulan depan.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, ia sebagai rujukan buat pelajar untuk pilih jurusan di institusi pendidikan tinggi, kelak.
Langkah itu juga katanya bagi elak risiko pengangguran selepas tamat pengajian kerana pilih bidang pengajian yang tidak relevan dengan pasaran kerja.
Polis hanya boleh minta telefon bimbit suspek jenayah untuk diperiksa.
Polis hanya boleh minta atau rampas telefon bimbit milik orang yang disyaki atau dalam siasatan, bukannya orang awam secara rambang.
Kementerian Dalam Negeri menjelaskan kenyataannya di Parlimen kelmarin mengenai hak polis untuk semak telefon bimbit orang awam.
Modul baru pendidikan seks khusus untuk remaja lelaki akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Ia meliputi ilmu pengetahuan apabila mereka capai usia baligh, undang-undang berkenaan jenayah perkosa dan cara menghormati wanita.
Menurut kerajaan, program yang dilaksanakan secara online itu sasar remaja lelaki berumur 16 hingga 24 tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather