← Back to list
Banjir di Kelantan sudah meragut 2 nyawa.
Dec 03, 2019
Banjir di Kelantan sudah meragut 2 nyawa.
Korban terbaru adalah seorang lelaki yang mati lemas akibat tergelincir semasa mengangkat pukatnya di Kampung Jubakar, Tumpat.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di 3 negeri kini cecah lebih 15,000 orang dengan angka tertinggi dicatatkan di Kelantan, hampir 10,000.
Program Latihan Khidmat Negara mungkin akan dilaksanakan semula.
Menteri Pertahanan berkata ia susulan cadangan oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar program itu dikembalikan semula.
Jelas Mohamad Sabu, cadangan itu akan dikaji semula sama ada PLKN masih relevan dengan keperluan semasa dan sesuai dengan bajet kerajaan.
Berhenti sebarkan berita palsu yang boleh timbulkan panik dalam kalangan masyarakat!
Menurut TNB, dakwaan viral kononnya berlaku limpahan air di beberapa empangan kendaliannya adalah tidak benar.
Sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa di empangannya adalah terkawal.
Semalam, 2 video berhubung limpahan air empangan yang kononnya berlaku di Kenyir, Cameron Highlands dan Empangan Projas viral di media sosial.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather