← Back to list
PLUS Kekal Dengan Pendirian Tiada Lorong Tambah Nilai Di Plaza Tol
Dec 03, 2019
Lebuhraya PLUS kekal dengan keputusan tidak akan buka lorong tambah nilai di semua plaza tol kendaliannya.
Ini kerana terdapat 11 ribu kiosk tambah nilai di seluruh negara bagi memudahkan pengguna membuat isian semula.
Lagipun katanya kepada NST, kiosk itu membolehkan pengguna buat tambah nilai serendah 10 ringgit selain tiada caj tambahan.
Mangsa Banjir Mungkin Dapat Bantuan Tunai
Kerajaan sedia pertimbang pemberian bantuan tunai kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.
Namun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu.
Beliau juga mahu beberapa Pusat Pemindahan Sementara ditambah baik dengan mengambil kira sensitiviti wanita bertudung.
Paip Usang Berusia 80 Tahun Punca Tanah Mendap Di KL
Paip air bawah tanah usang berusia lebih 80 tahun yang pecah, punca mendapan tanah di sekitar ibu negara.
Kementerian Wilayah Persekutuan berkata, DBKL dengan kerjasama Syarikat Air Selangor sedang merangka penyelesaian masalah itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather