← Back to list
Gangguan Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya
Dec 25, 2019
Gangguan Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya
Bekalan air yang terjejas di Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya kini hampir pulih sepenuhnya.
Namun menurut Air Selangor, bantuan kecemasan seperti lori tangki dan pili awam masih digerakkan sehingga seluruh kawasan pulih 100 peratus.
Penduduk di 4 wilayah itu terjejas bekalan air ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih angkara pembuangan sisa bahan kimia.
Sementara itu, berulangnya gangguan bekalan air di Selangor bukannya disebabkan masalah pengendalian operasi Indah Water Konsortium (IWK).
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memaklumkan Berita Harian, antara sebabnya adalah kerana kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri.
Justeru operasi loji kumbahan IWK tidak akan diserahkan kepada Air Selangor seperti yang diminta kerajaan negeri.
Ruang Khas Merokok: Zuraida Pertahan Kenyataan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pertahan kenyataan untuk minta pandangan awam berkenaan penyediaan ruang khas untuk merokok.
Menurut Zuraida Kamaruddin, penyediaan ruang itu dapat elak puntung rokok dibuang merata-rata seperti yang dilaksanakan di Korea Selatan.
Sementara itu Berita Harian melaporkan, warganet berikan pelbagai reaksi antaranya mahu ruang tersebut bukan sahaja jauh dari tempat makan tapi juga kawasan pejalan kaki.
Juga untuk peringatan sekali lagi, bermula 1 Januari ini larangan merokok dikuat kuasakan di semua premis makanan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather