← Back to list
Program Sarapan Percuma bermula 20 Januari
Dec 28, 2019
Program Sarapan Percuma bermula 20 Januari
Foto - Says.com
Pelaksanaan Program Sarapan Pagi percuma di sekolah fasa pertama akan bermula 20 Januari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, ia babitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan peruntukan kira-kita 22 juta ringgit.
Waktu pelaksanaan PSP adalah antara jam 7 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi serta 1 hingga 4 petang bagi persekolahan sesi petang.
-----
KPDNHEP siasat punca harga bawah merah naik mendadak
Foto - Siakap Keli
Kerajaan sudah memulakan siasatan bagi mencari punca harga bawang merah naik mendadak di negara ini.
Menurut KPDNHEP, ia bagi mengesan sama ada wujud unsur pencatutan atau manipulasi harga didalangi pengimport, pembekal, pemborong dan peniaga.
Bawang merah dari India sudah habis di pasaran Malaysia sejak Oktober disebabkan negara itu menghentikan eksportnya pada 28 September lalu.
-----
Kelantan masih benar jual dan minum arak
Foto - Berita Harian
Kelantan masih membenarkan orang BUKAN Islam minum minuman keras dalam premis mereka di negeri itu.
Tegaskan kerajaan negeri, tiada pengharaman jualan minuman keras di negeri ini kepada BUKAN Islam, tetapi ia dikawal mengikut keperluan.
Malah lesen penjualan arak di premis dan restoran juga masih dikeluarkan dan dikekalkan kepada mereka yang BUKAN Islam.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather