← Back to list
Satu petisyen dalam talian dilancarkan minta Dr Mazslee kekal sebagai Menteri Pendidikan.
Jan 03, 2020
Satu petisyen dalam talian dilancarkan petang semalam minta Dr Mazslee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.
Setakat ini, lebih 300,000 tandatangan dikumpul menerusi petisyen berkenaan.
Menurut petisyen itu, Dr Maszlee sudah berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya sifar sekolah daif dan program sarapan percuma.
Semalam, Dr Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan di Putrajaya.
Poster tentang Menteri Pendidikan baru adalah palsu!
Poster ucapan tahniah bagi pelantikan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan baru adalah palsu.
Tegas PTPTN, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan poster berkenaan yang telah diubah suai daripada Facebook rasmi pihaknya.
Orang awam juga diminta berhenti sebarkan berita palsu bagi elak salah faham berlaku.
10 peratus perokok masih ingkar dengan larangan merokok di tempat makan.
Masih ramai perokok ingkar dengan larangan merokok di tempat makan walaupun penguatkuasaan pendidikan selama setahun telah dijalankan.
Kementerian Kesihatan berkata dalam operasi pertama yang dilakukan di seluruh negara kelmarin, kira-kira 10 peratus perokok masih berdegil dengan arahan tersebut.
Setakat ini, kira-kira 600 notis dengan nilai kompaun lebih RM144,000 dikeluarkan sejak larangan merokok berkuatkuasa sepenuhnya, Rabu lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather