← Back to list
Negeri yang tidak setuju naikkan tarif air perlu kemukakan mekanisme masing-masing.
Jan 06, 2020
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli minta negeri yang tidak setuju untuk naikkan kadar tarif air untuk kemukakan mekanisme masing-masing.
Jelasnya, ini kerana kos menguruskan air terawat adalah tinggi dan langkah penyelesaian perlu diambil bagi tangani isu gangguan air.
Pihaknya mengulas pendirian kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini yang tidak akan menaikkan kadar tarif air.
Saya bukan calon Menteri Pendidikan yang baru.
Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dakwaan kononnya beliau tersenarai antara calon Menteri Pendidikan yang baru.
Presiden PKR itu berkata keputusan pelantikan itu tertakluk di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan perbincangan bersama Pakatan Harapan hanya akan dibuat jika ada keperluan.
Minggu lalu, Dr Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas memegang jawatan itu selama 20 bulan.
Pemilik premis makanan dilarang sediakan ruang khas merokok kepada pelanggan mereka.
Jelas Kementerian Kesihatan, ini kerana pelaksanaannya tetap melanggar arahan jarak 3 meter dari kedai makanan sebagai kawasan larangan merokok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather