← Back to list
Penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal.
Feb 13, 2020
Penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan berada pada tahap Pembendungan Awal.
Jelas Kementerian Kesihatan, pihaknya juga bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan Tahap Pembendungan Akhir dan Tahap Mitigasi.
Setakat ini tiada kes baru dicatatkan di Malaysia dengan jumlahnya kekal 18 kes.
Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di Hubei, China catat peningkatan mendadak.
Sebanyak 242 kematian direkodkan semalam, catatan tertinggi dalam tempoh sehari sejak wabak itu bermula.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat Covid-19 di China meningkat kepada 1,350 dengan kes jangkitan hampir mencecah 60,000.
Terdahulu, WHO beri peringatan bahawa masih terlalu awal untuk buat jangkaan mengenai pengakhiran wabak berkenaan yang masih boleh merebak.
Isu identiti Sajat dirujuk ke JAIS.
JAKIM maklumkan, isu identiti usahawan kosmetik, Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor.
Jelasnya, JAIS mempunyai langkah sesuai dalam mengendalikan isu berkenaan.
Sajat cetus kontroversi apabila berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather