← Back to list
Jumlah Pekerja Diberhentikan Akibat Wabak Covid-19 Masih Normal.
Feb 20, 2020
Jumlah pekerja yang diberhentikan akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih normal.
Menurut kerajaan, setakat ini, lebih 8,500 individu hilang pekerjaan dan Perkeso telah membelanjakan RM 21 juta untuk membantu mereka.
Justeru, dakwaan bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika Covid-19 berterusan hingga hujung tahun ini hanya andaian semata-mata.
Portal Khidmat Nasihat Dalam Talian diwujudkan bagi tangani kerisauan awam mengenai Covid-19.
Menurut Kementerian Kesihatan, portal hasil kerjasama dengan DoctorOnCall itu hanya untuk memberi nasihat kesihatan, bukannya merawat pesakit.
Sementara itu, 2 lagi pesakit Covid-19 kini pulih sepenuhnya menjadikan jumlah pesakit sembuh di Malaysia meningkat kepada 15.
Suspek kes bakar seorang bilal di kawasan masjid di Alor Setar sudah ditahan.
Polis Kedah berkata lelaki tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan mengalami masalah mental.
Mangsa yang melecur pada bahagian badan kini masih dirawat di hospital.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather