← Back to list
Belum Ada Bukti Kukuh Lelaki Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19 Berbanding Wanita.
Feb 23, 2020
Kementerian Kesihatan maklumkan, belum ada bukti kukuh lelaki lebih mudah dijangkiti wabak Covid-19 berbanding wanita.
Pihaknya tidak akan membuat sebarang kesimpulan, sebelum kajian secara terperinci dilakukan terlebih dahulu.
Terdahulu, sebuah akhbar luar negara melaporkan kajian para saintis mendapati kadar kematian akibat COVID-19 bagi lelaki adalah 2.8 peratus berbanmding wanita, 1.7 peratus.
Pesakit Covid-19 wanita warga Amerika Syarikat yang dirawat di negara ini semakin sembuh.
Menurut KKM, setakat ini tiada kes baru wabak itu di Malaysia dengan jumlah kes kekal 22.
Obor-obor beracun dikesan di 4 pantai di Terengganu.
Orang ramai disaran agar tidak mandi manda di 4 pantai di Terengganu buat masa ini ekoran penemuan obor-obor beracun.
Jabatan Perikanan Negeri berkata pantai berkenaan ialah Pantai Kekabu, Pantai Batu Buruk, Pantai Rhu 10 dan Pantai Bukit Keluang.
Sementara itu, hidupan laut beracun itu juga dikesan di 3 pantai yang jadi tumpuan pelancong di Pahang iaitu Pantai Pelindung, Pantai Cempaka dan Pantai Balok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather