← Back to list
Kenyataan Tun Dr Mahathir Undang Pelbagai Reaksi.
Feb 28, 2020
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Parlimen akan bersidang 2 Mac ini bagi memilih Perdana Menteri baru, mendapat pelbagai reaksi!
Pakatan Harapan dalam mesyuarat tergemparnya malam tadi sifatkan tindakan Perdana Menteri Sementara itu sebagai cuba mendahului Istana Negara.
Ini kerana katanya, umum sedia maklum Yang di Pertuan Agong akan bertemu Majlis Raja Raja hari ini bagi membincangkan perkara itu.
PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik perdana menteri adalah di tangan Yang di Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, UMNO berkata pihaknya tidak mengguna pakai kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri interim.
Sebaliknya tegas Setiausaha Agungnya, UMNO hanya akan menunggu kenyataan rasmi Istana Negara sebelum membuat keputusan.
Semalam, Tun Dr Mahathir umum persidangan khas akan diadakan Isnin depan untuk menentukan pemimpin yang mempunyai majoriti sebagai PM ke-8.
Kenyatan beliau itu mengejutkan banyak pihak, kerana Yang di-Pertuan sedang mencari penyelesaian kepada kemelut itu.
Majlis Raja-raja Melayu dalam pada itu dijadual bermesyuarat khas di Istana Negara, hari ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather