← Back to list
PH Akan Hantar Surat
Mar 02, 2020
PH Akan Hantar Surat
Pakatan Harapan (PH) akan hantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini agar sidang khas Dewan Rakyat diadakan segera.
Ia bertujuan mendesak sidang Dewan Rakyat tergempar bagi menentukan pihak mana dapat undi mencukupi untuk bentuk kerajaan.
Ini kerana bekas pakatan pemerintah itu masih mendakwa mempunyai sokongan lebih ramai Ahli Parlimen.
Sementara itu PAS berpendapat, tiada keperluan adakan sidang khas Dewan Rakyat.
Ini kerana keputusan Yang di-Pertuan Agong sudah ambil kira pandangan Ahli-Ahli Parlimen dan jumlah parti politik yang sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
Dalam perkembangan berkaitan, sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 9 Mac ini mungkin ditangguhkan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan, pihaknya akan berhubung dengan pejabat Perdana Mentetri bagi dapatkan kepastian dan tarikh baru sidang dewan.
4 Lagi Kes COVID-19
Kementerian Kesihatan umum 4 lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan naik kepada 29 kes.
Salah seorang mangsa terbaru merupakan seorang jururawat pelatih yang sedang jalani latihan di sebuah hospital swasta yang rawat kes ke-24.
Dia didapati mengendalikan kes terbabit tanpa pakai sebarang peralatan perlindungan diri.
Sementara itu, seorang pemuda jadi mangsa pertama yang maut akibat jangkitan virus COVID-19 di Thailand.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather