← Back to list
50,000 kit ujian pantas antigen diagihkan
May 05, 2020
50,000 kit ujian pantas antigen diagihkan
Foto - Malay Mail
Kementerian Kesihatan maklumkan, sejumlah 50,000 kit ujian pantas antigen atau 'rapid test kit' sudah diagihkan bagi menjalankan ujian untuk mengesan COVID-19 di negara ini.
Daripada jumlah itu, 10,000 diagihkan ke Sabah dan Sarawak, 15,000 ke Johor dan bakinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan (klia2).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima sampel daripada kit ujian terbabit dan hasilnya akan diperoleh dalam esok atau hari berikutnya.
-----
Tiada had masa keluar di bawah PKPB
Foto - Bernama
Tiada lagi had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi peraturan baru PKPB, tidak ada had masa ditetapkan untuk pergerakan rakyat.
Malah katanya, dari segi pergerakan pula, orang ramai kini bebas untuk bergerak antara daerah ke daerah dan sebagainya kecuali pergerakan merentas negeri.
-----
Kerajaan tambah dana ERP
Foto - TV Sarawak
Kerajaan setuju menambah peruntukan untuk Program Pengekalan Pekerja (ERP) yang dikendalikan PERKESOsebanyak RM120 juta lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM240 juta.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata program itu bertujuan memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji.
Sejak diperkenalkan pada 16 Mac sehingga hujung bulan lalu, Program Pengekalan Pekerja sudah menerima dan meluluskan bayaran kepada lebih 52,000 pekerja.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather