← Back to list
Perjalanan rentas negeri dilarang!
May 11, 2020
Perjalanan rentas negeri dilarang
Foto : Astro Awani
Jangan buat perjalanan rentas negeri!
Itu nasihat yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada orang ramai
selepas tempoh kebenaran berbuat demikian selama 4 hari tamat semalam.
Jelasnya, mereka yang tetap ingin membuat perjalanan rentas negeri mulai hari ini perlu mendapat
kebenaran polis.
Namun katanya, alasan bagi berbuat demikian perlulah munasabah antaranya menziarah kematian
ahli keluarga terdekat.
---
KKM perlu 10 hari untuk saring penduduk.
Foto : Astro Awani
Kementerian Kesihatan jangkakan perlu tempoh 10 hari untuk buat saringan COVID-19 kepada
penduduk sekitar Pasar Jalan Othman, PJ.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata ini kerana terdapat hampir 3 ribu penduduk di kawasan
berkenaan.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut nasihatkan penduduk kawasan tersebut untuk terus kekal di
rumah masing-masing bagi melindungi warga emas di situ.
Pasar Jalan Othman diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sehingga 23
Mei ini selepas 26 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan berkenaan.
---
SPR kaji tatacara PRK dalam tempoh PKPB.
Foto : Astro Awani
SPR akan pertimbangkan banyak perkara untuk PRK DUN Chini jika ianya dilangsungkan dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.
Pengerusinya berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian
Kesihatan, MKN, NADMA dan PDRM Jumaat lalu berhubung tatacara PRK tersebut.
Datuk Azhar Azizan Harun menambah antara langkah keselamatan yang akan dipraktik termasuklah
pemakaian penutup hidung dan mulut serta penjarakkan sosial ketika mengundi.
DUN Chini kini kosong ekoran wakil rakyatnya, Datuk Abu Bakar Harun meninggal dunia akibat
serangan jantung, 7 Mei lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather