← Back to list
Ziarah musim perayaan terhad
May 13, 2020
Ziarah musim perayaan terhad
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan memutuskan supaya semua aktiviti ziarah menziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai dihadkan kepada hari pertama perayaan sahaja.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang, bergantung kepada saiz kediaman.
-----
Beri maklumat asas sahaja
Foto - LF Students
Orang ramai diminta tidak memberikan maklumat terlalu peribadi ketika mengunjungi mana-mana premis sebaik membuat imbasan Kod QR sebelum memasuki sesuati premis dalam tempoh PKPB ini.
EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita & Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sebaliknya berkata, orang ramai berhak menolak daripada memberikan maklumat itu dan hanya perlu menyatakan nombor telefon dan nama.
Pihaknya mendapat maklumat, ada premis dan pusat beli-belah mempunyai aplikasi sendiri yang meminta maklumat lebih dari yang diperlukan mungkin untuk tujuan pemasaran dan pangkalan data mereka sendiri.
-----
Saya masih Menteri Besar - Mukhriz
Foto - Perak Today
Datuk Seri Mukhriz Mahathir sahkan, beliau masih Menteri Besar Kedah dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.
Tegasnya, pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media.
Sebaliknya menurut Mukhriz,pembangkang sepatutnya usulkan undi tidak percaya ke atasnya melalui sidang DUN, bukan dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan ADUN.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather