← Back to list
KKM waspada kluster Hari Raya
May 20, 2020
KKM waspada kluster Hari Raya
Foto - Yahoo News
Kementerian Kesihatan kini bersiap siaga menghadapi Kluster Hari Raya, apabila orang ramai mula berkunjung ke rumah sempena Aidilfitri ini, hujung minggu ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berdasarkan trend, apabila ada perjumpaan besar-besaran, atau pergerakan besar dari satu tempat ke tempat lain, pihaknya jangkakan jangkitan akan berlaku.
Namun, apa yang paling penting katanya adalah rakyat Malaysia perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah diberikan kementerian.
-----
Stok darah negara berkurangan
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan berkata, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara semasa tempoh PKP mengalami penurunan 40 peratus berbanding tahun sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kutipan darah sejak Mac lalu adalah 60 peratus dan jumlah berkenaan dilihat semakin berkurangan ketika PKPB bermula 4 Mei lalu, iaitu sekitar 57 peratus.
Sehubungan itu, KKM meminta orang ramai datang menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara agar bekalan darah berterusan dan mencukupi.
-----
Bayar caj kuarantin jika balik ke Malaysia
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun ini akan dikenakan caj kuarantin hotel, 50 peratus bagi warganegara dan kadar penuh bagi bukan warganegara.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga diwajibkan menandatangani surat setuju pembayaran terbabit melalui pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.
Selepas itu, barulah pejabat Kedutaan Malaysia kemudiannya akan mengeluarkan surat kelulusan untuk membenarkan individu terbabit pulang ke negara ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather