← Back to list
Kes Jangkitan Covid-19 Mungkin Akan Meningkat Jika SOP Gagal Dipatuhi.
May 21, 2020
Kes jangkitan Covid-19 mungkin akan meningkat jika masyarakat mengabaikan SOP yang ditetapkan ketika menyambut hari raya nanti.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung walaupun kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama Aidilfitri.
Mereka yang berada di kawasan zon merah juga diingatkan agar kekal beraya di rumah masing-masing bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada orang lain.
Seorang pelajar IPT di Kedah disahkan positif Covid-19.
KKM kini giat mengesan punca jangkitan Covid-19 babitkan seorang pelajar IPT di Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, pelajar tersebut telah dikesan positif selepas jalani saringan untuk dihantar pulang ke Sabah dan Sarawak.
Ini merupakan kes pertama di Kedah selepas hampir sebulan negeri itu diisytiharkan sebagai Zon Hijau.
Senarai barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan mungkin akan ditambah.
Kerajaan mungkin akan menambah jumlah barangan yang disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Jelasnya, walaupun buat masa ini hanya 11 barangan disenarai dalam skim itu berbanding 27 pada tahun lalu, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi melihat keperluan untuk menambah barangan lain yang bersesuaian.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather