Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Tiada lagi kebenaran rentas negeri!

May 21, 2020


Tiada lagi kebenaran rentas negeri!

Foto - Bernama

Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun serta-merta di sekatan jalan raya.

Tindakan itu diambil kerana orang ramai dilihat masih lagi berdegil apabila jumlah mereka yang cuba merentas negeri masih lagi ramai termasuk 2,412 kenderaan yang diarah berpatah balik, semalam.

---

Elaun anggota APM dinaikkan

Foto - The Malaysian Reserve

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak RM2 sejam berkuatkuasa Mac lalu dengan peruntukan RM24 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kenaikan kadar elaun itu sebagai pengiktirafan kerajaan atas pengorbanan dan sumbangan bakti anggota APM kepada negara.

Kenaikan kadar elaun itu katanya, diharap menjadi suntikan dan pembakar semangat anggota APM untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.

---

Wajib jalani ujian saringan COVID-19 jika balik Kelantan

Foto - Berita Harian

Kerajaan negeri Kelantan mewajibkan individu yang pulang negeri tu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa hari ini ekoran kes wanita hamil di Kuala Krai yang positif wabak itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, tidak kiralah pulang dengan pesawat atau kereta, mereka akan menjalani ujian berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, wanita hamil yang positif COVID-19 di Kelantan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }