← Back to list
Jumlah Jemaah Yang Dibenarkan Masuk Masjid Mungkin Akan Ditambah.
May 22, 2020
Ketua Pengarah Kesihatan tidak tolak kemungkinan untuk menambah jumlah kapasiti yang boleh memasuki masjid dan surau.
Namun, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan SOP sejak pembukaan semula masjid dan surau bagi zon hijau terpilih pada Jumaat lalu.
Buat masa ini katanya keutamaan diberikan kepada pihak pentadbiran masjid dengan jemaah tidak lebih daripada 30 orang pada satu-satu masa.
Umat Islam dinasihatkan agar berwaspada dalam merayakan Aidilfitri hujung minggu ini.
Menteri di JPM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata walaupun kebenaran untuk ziarah-menziarahi dibenarkan pada hari raya pertama, adalah lebih baik jika langkah-berjaga-jaga diambil dengan hanya beraya di rumah masing-masing bagi mencegah penularan Covid-19.
Pihaknya juga menasihati umat Islam agar patuhi arahan Jabatan Agama Negeri masing-masing berhubung solat Aidilfitiri dan ziarah kubur pada 1 Syawal nanti.
Ahli keluarga wanita hamil positif Covid-19 di Kelantan jalani saringan kesihatan.
Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan ke atas ahli keluarga wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 di Kelantan.
Setakat ini, 20 ahli keluarga mangsa disahkan negatif wabak itu manakala 10 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.
Tambah Ketua Pengarah Kesihatan, pihaknya juga akan menyiasat semua kontak rapat babitkan lokasi terkini wanita itu di Kelantan dan di tempat asalnya di Ampang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather