← Back to list
Satu kluster baru Covid-19 dikesan di Depoh Tahanan Imigresen Sepang.
May 25, 2020
Masyarakat perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, virus itu tidak mengenal sempadan dan tidak memilih sebarang etnik dan darjat sosial.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ekoran terdapat satu kluster baru Covid-19 dikesan melibatkan 6 kes positif di Depoh Tahanan Imigresen, DTI Sepang, Selangor.
Ia katanya merupakan kluster DTI ketiga selepas pengesanan kluster warga asing di Semenyih dan Bukit Jalil.
Sekatan jalan raya di tol Jalan Duta sesak.
Hari raya pertama semalam menyaksikan kesesakan lalu lintas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta apabila ramai membuat perjalanan keluar dari Kuala Lumpur ke arah Klang dan utara.
Menurut Bukit Aman, sekatan jalan raya lapisan pertama itu katanya dilakukan bagi memastikan tiada pihak cuba merentas negeri tanpa kebenaran.
Gelandangan diselamatkan ketika PKP berpeluang dapat kerja.
Lebih 300 gelandangan sekitar Kuala Lumpur yang diselamatkan ketika PKP akan dihantar untuk sertai kursus latihan dan motivasi sebelum diberikan pekerjaan.
Kementerian Wilayah Persekutuan berkata mereka yang terpilih akan dihantar untuk temuduga kerja dan yang tidak terpilih akan diberi peluang pekerjaan dengan DBKL.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather