← Back to list
Tiada Lagi Cubaan Rentas Negeri di Lebuh Raya
May 26, 2020
Tiada Lagi Cubaan Rentas Negeri di Lebuh Raya
Tiada lagi cubaan pengguna lebuh raya merentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri ke-2.
Bukit Aman memaklumkan, kebanyakan kenderaan semalam menggunakan lebuh raya hanya untuk pergerakan dalam negeri.
Bagaimanapun pihak berkuasa tetap memperketatkan kawalan bagi elak sebarang cubaan baru.
Sementara itu, kakitangan kerajaan yang lolos merentas negeri kerana pulang beraya boleh dikenakan tindakan tatatertib!
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam terbabit berdepan tindakan itu jika gagal kembali bekerja akibat terperangkap di kampung kerana langgar larangan rentas negeri.
Kes Jangkitan Masih Terkawal
Tidak perlu terlalu risau mengenai peningkatan jumlah kes baru COVID-19 semalam.
Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan kes baru itu berlaku di depot Imigresen dan ia diasingkan daripada orang ramai.
Semalam, kes harian wabak berkenaan di negara ini naik semula ke 3 digit iaitu 172.
Daripada jumlah itu, 159 kes melibatkan warga asing dan 112 pesakit melibatkan 2 depot tahanan Imigresen.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather