← Back to list
Program Subsidi Upah dilanjut 3 bulan lagi
Jun 05, 2020
Program Subsidi Upah dilanjut 3 bulan lagi
Foto - The Rohani
Kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan melanjutkan subsidi upah selama tiga bulan lagi bagi menangani kadar pengangguran yang meningkat.
Sejak diperkenalkan dalam Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan, program selama 3 bulan ini telah berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan.
Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan Program Insentif Pegambilan Pekerja di mana syarikat akan diberi insentif kewangan untuk mengambil pekerja dari kalangan penganggur dan belia.
-----
RM50 wang e-dompet bulan depan
Foto - Malaysia Kini
Kerajaan memperuntukkan RM750 juta melalui Program ePenjana dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran tanpa sentuh di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Untuk itu, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna selain akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun daripada syarikat khidmat e-dompet.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif e-dompet ini akan bermula bulan depan dan dijangka memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia
-----
COVID-19 bantu turunkan kadar penyakit berjangkit
Foto - Majalah Sains
Jumlah penyakit berjangkit dalam negara menurun dengan ketara dalam tempoh 22 minggu pertama tahun ini, berbanding tahun lalu susulan penularan wabak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, demam campak turun 58.3 peratus, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) susut 44.6 peratus manakala cacar air, 44.5 peratus.
Penurunan kes-kes ini katanya adalah merupakan satu implikasi positif hasil pelaksanaan PKP dan PKPB yang turut dibantu oleh amalan kebersihan kendiri yang tinggi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather