← Back to list
Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan akan dibincangkan hari ini.
Jun 09, 2020
Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran hari ini mengenai tarikh pembukaan semula sesi persekolahan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata pembukaan sekolah pada fasa pertama mungkin hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja sebelum dibuka kepada semua.
Ibu bapa juga katanya akan diberikan masa dua minggu untuk membuat persiapan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.
Kelonggaran kawalan sempadan hanya akan dipertimbang jika penularan Covid-19 dapat dikawal
Langkah untuk melonggarkan kawalan sempadan antarabangsa hanya akan dipertimbangkan jika Malaysia berjaya mengawal penularan COVID-19 sepanjang Perintah Pergerakan Pemulihan, PKPP.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata jika ianya dilaksanakan sekali pun, pergerakan rentas negara mungkin hanya akan melibatkan negara dengan kes COVID-19 yang rendah.
Jaga kebersihan untuk elak kes demam denggi.
Orang ramai diseru agar mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing memandangkan lebih banyak sektor bakal dibuka selaras dengan pelaksanaan PKPP bermula esok.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana kebanyakan tempat yang lama tertutup dan tiada pergerakan orang ramai berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather