← Back to list
Tak Wajar Politikkan Darurat
Jan 26, 2021
Tak Wajar Politikkan Darurat
Tidak wajar mempolitikkan pengisytiharan darurat yang bertujuan mengekang pandemik COVID-19 ketika ini.
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, ia sebenarnya bertujuan memudahcara dan memperkasa tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus tersebut.
Ia antaranya membuat ordinan baru tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen yang mengambil masa.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai contoh, menaikkan denda terhadap syarikat yang melanggar peraturan.
MySejahtera Naik Taraf
Aplikasi MySejahtera akan dinaik taraf dengan menampilkan beberapa perincian baru.
Ciri tersebut membolehkan peserta program vaksinasi COVID-19 dipantau termasuk kesannya.
Menjelang tahun depan, dijangkakan 17 juta rakyat telah menerima vaksin berkenaan.
COVID-19: 2 Angka Mei Nanti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka kes harian positif COVID-19 kembali kepada 2 angka Mei nanti.
KKM turut berharap tempoh 2 minggu pelaksanaan PKP 2.0 ini dapat menstabilkan kes-kes harian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan, PKP 2.0 dijangka tidak dilanjutkan.
Ia sebaliknya dijangka disambung dengan PKPB selepas 4 Februari nanti bertujuan mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Sementara itu Malaysia mencatatkan 3,048 kes baru semalam yang juga hari kedua berturut-turut di bawah 4,000 kes.
Malah kes sembuh semalam ialah 3,638 sekali gus mengatasi angka kes positif untuk hari ke-3 berturut-turut.
150,000 Murid Dijangka Dapat Peranti Untuk PdPR
150,000 murid daripada keluarga B40 dijangka menerima komputer riba, tablet dan data bulan depan.
Inisiatif itu dilapor diusahakan sebuah yayasan hasil dana daripada 13 syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.
Didenda Larikan Mayat Bapa
3 beradik masing-masing didenda RM1,000 kerana melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, Sabah.
Mereka melakukannya sebab enggan benarkan jenazah melalui SOP pengurusan jenazah semasa krisis COVID-19.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather