Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Agong Perkenan Isytihar Darurat

Jan 12, 2021


Agong Perkenan Isytihar Darurat

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan perisytiharan darurat.

Ia dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.

Ia berlangsung sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif harian dapat dikawal.

Sementera itu Perdana Menteri dalam pengumuman khas tadi memaklumkan, darurat yang diisytiharkan bukan satu bentuk rampasaan kuasa atau darurat perang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi jaminan bahawa aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Badan kehakiman juga akan terus beroperasi.

Bagaimanapun, dalam tempoh ini Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang.

Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) juga tidak akan diadakan.

Tan Sri Muhyiddin menjelaskan, pilihan raya boleh diadakan sebaik sahaja jawatankuasa khas bebas memutuskan ia sesuai dilaksanakan.

Jawatan kuasa berkenaan telah diperkenankan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ia antaranya turut berfungsi mengesyorkan kepada Al Sultan Abdullah sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Ia akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

19 Juta ‘Ber-PKP’

Kira-kira 19 juta rakyat Selangor, Pulau Pinang, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah terlibat dengan PKP 2.0

Ia akan dilaksanakan selama 2 minggu bermula tengah malam nanti sehingga 26 Januari.

Dalam perkembangan berkaitan, pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat tempoh 2 minggu tidak mencukupi.

Prof Datuk Dr Awang Bulgiba memberitahu BH, ia berikutan jumlah kes sporadik atau jangkitan dalam komuniti lebih banyak berbanding PKP pertama pada Mac tahun lalu.

Beliau berpandangan tempoh PKP yang berkesan untuk mengurangkan kes ke tahap selamat ialah 6 hingga 12 minggu.

Pulih Perlahan

Situasi banjir di Pahang, Johor dan Sabah tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa kekal lebih 24,000 orang.

Majoriti mangsa direkodkan di Pahang iaitu hampir 21,000, manakala banjir di Kelantan semakin pulih.

Terkini tidak sampai 300 mangsa berlindung di pusat pemindahan di Kelantan.

*foto: Sinar Harian


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }