← Back to list
Semua negeri di Semenanjung di bawah PKP
Jan 19, 2021
Semua negeri di Semenanjung di bawah PKP
Foto - Bernama
Semua negeri di Semenanjung kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaru Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dikenakan PKP bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu ekoran peningkatan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.
-----
Ahli Parlimen Padang Rengas, Kota Tinggi positif COVID-19
Foto - MalayMail
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Beliau dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang dijangkiti COVID-19 ketika mengadakan sidang media di ibu negara minggu lepas.
Selain Nazri, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique serrta Imam Besar Masjid Shah Alam, Abdul Karim Omar turut disahkan positif COVID-19.
-----
Kes kemalanangan di Tanjung Tokong bukan akibat ditendang polis
Foto - BERNAMA
Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Tanjung Tokong dua hari lalu bukan ditendang anggota polis yang mengejarnya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, perkara itu disahkan menerusi keterangan lelaki terbabit.
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan berhubung kejadian itu yang tular di media sosial.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather