← Back to list
Syarat i-Sinar Mansuh
Feb 12, 2021
Syarat i-Sinar Mansuh
KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat i-Sinar.
Ia susulan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan maklum balas awam.
Ia diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.
Pemansuhan syarat itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang ada.
Bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
Sesi Peperiksaan Khas Untuk Calon SPM Positif COVID-19
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengaturkan sesi peperiksaan lain bagi calon SPM 2020 yang disahkan positif COVID-19.
Calon terbabit juga perlu kemukakan dokumen pengesahan bagi menduduki peperiksaan yang dijadualkan semula.
Dokumen tersebut akan jadi bukti mereka telah menerima rawatan mahupun berjumpa doktor.
Semua calon turut diwajibkan buat pengisytiharan kesihatan setiap hari menerusi 2 cara dan antaranya dengan mendapatkan borang di sekolah.
SPM 2020 akan bermula 22 Februari ini.
Ops Catut: Lebih 340 Peniaga Diberi Notis
Lebih 340 peniaga kelengkapan elektronik dan komunikasi diberi notis semasa Ops Catut 8.0 baru-baru ini.
Ia untuk siasatan lanjut bagi mengesan jika wujud isu pencatutan barang dan harga khasnya peranti elektronik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather