Menyinari Hidupmu
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan program Jom Masuk U Zon Sabah I dan Festival POLYCC @ JMU pada 19 hingga 20 April 2025 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan, Sabah. Kepada lepasan SPM, jangan lepaskan peluang ini bagi mendapatkan sesi konsultasi pemilihan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan menikmati pameran interaktif menarik yang disediakan. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi dan POLYCC Official. Bah! Jom datang beramai-ramai!
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@sinar.my .
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.