Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

SINAR Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Kupon Inisiatif Belanjawan 2025


Pendidikan

Tarikh : 03 Dec 2025 -31 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : jendeladbp.my
Target Penonton : Umum
Masa : SEPANJANG MASA
Individu Untuk Dihubungi : Nur Eleena Farihin
Nombor Telefon : 03-2147 9558
Email : [email protected]
Laman Web: jendeladbp.my
Harga Tiket : Kupon percuma untuk ditebus seluruh warga negara Malaysia.

Kami ada berita baik untuk anda khusus untuk warganegara Malaysia. Ayuh, dapatkan Kupon Inisiatif Belanjawan 2025 bernilai RM200.00 ! Dengan kupon ini, anda boleh membaca pelbagai bahan bacaan digital terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang pastinya bermutu tinggi seperti kamus, buku, ensiklopedia, glosari istilah dan majalah. Turut tersedia buku audio yang pastinya akan menambahkan pengalaman pembacaan anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tebus kupon anda melalui JendelaDBP di https://jendeladbp.my/ Ingat buku. Ingat DBP.

PELANCARAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DAN FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA 2025


Karnival

Tarikh : 11 Dec 2025 -14 Dec 2025
Hari : Ahad, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah malam
Individu Untuk Dihubungi : Mardy JF
Nombor Telefon : 072249960
Email : [email protected]
Laman Web: https://tourismjohor.my/
Harga Tiket : PERCUMA

Tahun Melawat Johor 2026 bakal lebih meriah dengan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dan Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran bersama Tourism Johor dan Kementerian Pelancongan, Budaya & Seni Malaysia yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Acara yang diadakan selama empat (4) hari beroperasi seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran interaktif budaya & pelancongan, persembahan kebudayaan, gerai jualan dan pameran daerah, sajian Johor, persembahan artis, orkhestra dan banyak lagi. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan kemeriahan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dengan pertunjukkan drone serta persembahan Zapin Mehlah Johor yang mempesonakan pada 12 Disember 2025. Perkhidmatan ‘shuttle bus’ secara percuma turut disediakan. Jangan lupa temu janji kita, penuhi masa terluang anda bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhibur dengan pelbagai kemeriahan sepanjang empat (4) hari acara berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru! Info lanjut, layari sosial media Tourism Johor.

KARNIVAL PUTRA@SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG BERSEMPENA PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI UPM


Karnival

Tarikh : 13 Dec 2025 -14 Dec 2025
Hari : Ahad, Sabtu
Lokasi : SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG, SELANGOR
Target Penonton : Umum
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : MUHAMMAD MUHSIN NOOR AZMI
Nombor Telefon : -
Email : [email protected]
Laman Web: -
Harga Tiket : PERCUMA

UPM melaksanakan program field-based outreach di Sawah Sempadan bagi membawa pakar universiti terus ke lapangan Program ini memberi fokus kepada teknologi pertanian moden agro-makanan kesihatan komuniti agro-pelancongan serta pembangunan komuniti. Aktiviti berbentuk pameran konsultasi bengkel dan demonstrasi dilaksana bersama agensi setempat Ringkasan Agenda Hari Pertama (13 Disember 2025) 7.30 pagi: Langkah Sihat@Sawah Pertandingan komuniti: INOKREATIF (bunga plastik & kiub guna semula), karom (64 kumpulan), memancing (700 peserta), mewarna (50 kanak-kanak). Pameran UPM (8.30 pagi–4.30 petang): Fakulti & institut UPM, PKPP, WAZAN, Alumni, Bas Pengembangan & eDU-PARK. 9.00 pagi: Majlis perasmian & sesi pemindahan ilmu (Pencegahan Denggi & Bahaya Merokok). Petang: Cabutan bertuah, Kuiz Agro, Sukan Rakyat, demonstrasi Kokedama & pembuatan silaj. Hari Kedua (14 Disember 2025) Pertandingan: Gusti Lengan ‘Kampung Style’, Makanan Warisan (Masakan Jawa & pencuci mulut ubi kayu). Aktiviti: Cabutan bertuah, Kuiz Agro Interaktif. Demonstrasi: DIY Jem Nanas (PKPP) & Masakan Tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my

 

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di [email protected] .

 

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us