Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

SINAR Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

TOLL FREE HELPLINE FAMILYCARE@LPPKN


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 11 Oct 2021 -31 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Seluruh Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Adleen Hanie Haron
Nombor Telefon : 0326137555
Email : adleen@lppkn.gov.my
Laman Web: www.lppkn.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling secara dalam talian. Tuan/Puan boleh mendapatkan Perkhidmatan Tele-Kaunseling dan E-Kaunseling melalui Tol Free Helpline FamilyCare@LPPKN di talian 1-800-82-0300 untuk bercakap terus dengan Kaunselor Profesional LPPKN (Kaunselor Berdaftar) sekiranya anda mengalami isu-isu berkaitan Keluarga, Pasangan dan Perkahwinan. Waktu Operasi Ahad-Jumaat.

PENDAFTARAN KEAHLIAN U-PUSTAKA


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 04 Jan 2022 -31 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : www.u-pustaka.gov.my
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA BINTI MD SALLEH
Nombor Telefon : 0326871876
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Anda minat membaca? Kini anda boleh membaca di mana-mana sahaja. Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan perpustakaaan digital www.u-pustaka.gov.my. Pendaftaran percuma. Pelbagai sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-suratkhabar dan portal e-pembelajaran boleh didapati di bawah portal u-Pustaka. Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.

MAJESTIC JOHOR FESTIVAL 2022


Karnival

Tarikh : 08 Sep 2022 -18 Sep 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Bahru
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 10.00 mlm
Individu Untuk Dihubungi : Mardhiah Jaafar
Nombor Telefon : 07224960
Email : Tourismjohor@johor.gov.my
Laman Web: https://tourismjohor.my/
Harga Tiket : PERCUMA

Majestic Johor Festival 2022 anjuran Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor dengan kerjasama pelbagai agensi bakal berlangsung pada 8 hingga 18 September 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Bahru sebagai usaha proaktif memperlihatkan penjenamaan Majestic Johor yang mempunyai nilai tambah dengan keunikan destinasi pelancongan serta kepelbagaian seni budaya Bangsa Johor. Pastikan anda tidak melepaskan peluang mengikuti acara tahunan ini yang menampilkan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran koleksi kenderaan DYMM Sultan Johor secara eksklusif, persembahan kesenian dan kebudayaan etnik Bangsa Johor, perarakan Busana Johor, pakaian tradisi Cina, India dan kostum ‘Superhero’, pameran dan gerai jualan daerah-daerah serta pameran pelancongan yang bukan sahaja melibatkan penyertaan domestik malah ianya juga turut disertai peserta daripada Singapura, Indonesia, Thailand dan Korea. Anda juga dipelawa menyaksikan acara berprestij iaitu Perarakan Majestic Johor Festival Street Parade 2022 pada 17 September 2022 yang dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor. Inilah masanya untuk anda “Yok Round Johor” bersama keluarga dan rakan di sepanjang festival ini. Jangan lupa untuk mengamalkan dan mengutamakan kebersihan dan keselamatan diri. Maklumat lanjut, layari Facebook Tourism Johor.

Perhatian Semua Veteran: Mohon untuk Khidmat Rehabilitasi Parkinson Percuma Hospital ReGen Rehab


Kesihatan

Tarikh : 16 Sep 2022 -15 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Hospital ReGen Rehab
Target Penonton : Umum
Masa : -
Individu Untuk Dihubungi : Hospital ReGen Rehab
Nombor Telefon : 03-76261388
Email : info@regen.rehab
Laman Web: https://www.regen.rehab/
Harga Tiket : Percuma

ReGen Rehab melancarkan inisiatif Rehabilitasi Parkinson #MyParkinsonsPartner dengan seruan kepada golongan veteran Angkatan Tentera yang menghidap penyakit Parkinson untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi percuma. Inisiatif ini akan dilaksanakan dari 16 September hingga 15 Disember 2022. Untuk maklumat lanjut, telefon 03-76261388 atau e-mel info@regen.rehab.

PROGRAM DISKUSI DIGITAL@PNM 2022


Pendidikan

Tarikh : 20 Sep 2022
Hari : Selasa
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Ketahui hala tuju pembelajaran maya,celik literasi maklumat dan informasi perpustakaan digital u-Pustaka. Sertai kami dalam Program Diskusi Digital@PNM 2022 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my

EKSPLORASI SUMBER DIGITAL@U-PUSTAKA 2022:LATIHAN PANGKALAN DATA ELAW


Pendidikan

Tarikh : 22 Sep 2022
Hari : Khamis
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Eksplorasi Sumber Digital@U-Pustaka 2022: Latihan Pangkalan Data eLAW secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting pada 22 September 2022 (Khamis) pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.

Webinar "Emosi Dan Akal : Mana Yang Penting?"


Pendidikan

Tarikh : 24 Sep 2022
Hari : Sabtu
Lokasi : Platform Aplikasi : Zoom Meeting & Fb Live (UKM Khidmat Masyarakat)
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Individu Untuk Dihubungi : Cik Nur Azlin Binti Harun
Nombor Telefon : +603 – 9145 5887 / 5888
Email : fatin.nazirah@ppukm.ukm.edu.my
Laman Web: -
Harga Tiket : Secara Percuma

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan yang dihormati, Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UKM akan menganjurkan Webinar “Emosi dan Akal : Mana Yang Penting?”. Webinar ini akan diadakan secara atas talian pada ketetapan seperti berikut : Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu) Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari Platform Aplikasi : Zoom Meeting & Fb Live (UKM Khidmat Masyarakat) Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/AfNRvRyKthsy9jUq5 Penyertaan adalah percuma. Moderator : Encik Rodzaini Bin Sabran, Ketua Unit Pentadbiran Jabatan Surgeri, HCTM. Penceramah : 1. Y.Bhg. Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, UPSI. 2. Puan Nor Aishah Mahad, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Engku Husain. Untuk pendaftaran, sila isi borang pendaftaran di link tersebut: https://forms.gle/AfNRvRyKthsy9jUq5 Para peserta boleh menghadiri webinar ini melalui platform Zoom dengan menggunakan link: http://surl.li/cxpul Meeting ID: 940 2030 8208 Passcode: 644707 Atau melalui FB Live FB UKM Khidmat Masyarakat (https://m.facebook.com/UKMKhidmatMasyarakat/)

Program Lifesavers & Karnival Hospital Pakar Al-Islam 2022


Kesihatan

Tarikh : 24 Sep 2022
Hari : Sabtu
Lokasi : MASJID JAMEK KAMPUNG BARU
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00pagi - 1 petang
Individu Untuk Dihubungi : SITI ZALIHA SULAIMAN
Nombor Telefon : 0194301007
Email : corporate@al-islamhospital.com.my
Laman Web: https://www.al-islamhospital.com/
Harga Tiket : PERCUMA

PROGRAM LIFESAVERS DAN KARNIVAL HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM 2022 Tarikh: 24/9/2022 Masa: 8am-1pm Tempat: Masjid Kg Baru Dirasmikan oleh: Pengarah Jawi, Dato Adib Aktiviti-aktiviti: ✅ Hands-on CPR untuk orang awam. daftar di sini: forms.gle/RVBr2dPZerjwcChVA ✅ Free Medical Check-up ✅ Free Dental Check-up ✅ Free Penilaian & senaman sempena Hari Fisioterapi 80 peserta terawal akan menerima Goodies Bag ✅ Van bergerak Zakat ✅ Van Bergerak Baitulmal ✅ Booth Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ✅ Booth Quit Smoking ✅ Peraduan Mewarna daftar: https://forms.gle/i1GfpmrUWZc1m6ag8 ✅ Booth Kerjaya ✅ Pemadam 🍄 Alatan mewarna disediakan . Dibenarkan bawa alatan mewarna sendiri. Jom sama2 meraikan program ini. ........................................................................................... Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi 📞📞 Puan Mastura di talian wa.me/60123036493 atau layari laman web dibawah:-https://www.al-islamhospital.com/

PROGRAM SINGGAH SANTAI@PNM


Pendidikan

Tarikh : 24 Sep 2022
Hari : Sabtu
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Bosan duduk di rumah! Jom bawa keluarga anda ke Perpustakaan Negara Malaysia pada 24 September 2022 (Sabtu) sempena Program Singgah Santai@PNM #relakslahdulu dengan bertemakan "Keluarga Malaysia: Bangkit Maju, Makmur dan Sejahtera". Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Car Book Sale, Food Truck, Program Kanak-Kanak,Remaja, Keluarga,Pameran Perkhidmatan dan Agensi dan pelbagai lagi. Semuanya PERCUMA untuk anda. Jom Datang!

Hari Adat & Budaya


Seni & Hiburan

Tarikh : 24 Sep 2022
Hari : Sabtu
Lokasi : Evo Mall, Bandar Baru Bangi
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Nurul Amal Mat Saman
Nombor Telefon : 011-10101860
Email : operasi.abs@gmail.com
Laman Web: https://www.facebook.com/AkademiBakatABS/
Harga Tiket : Percuma

Kumpulan Pendidikan Abs akan menganjurkan Hari Adat dan Budaya bertempat di Evo Mall, Bandar Baru Bangi pada 24 September 2022. Acara program akan bermula pada jam 10.00 am sehingga jam 3.00 pm. Pelbagai aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung antaranya persembahan tarian traditional, penyampaian puisi teromba, pertunjukkan pakaian tradisi negeri, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti menarik yang lain yang boleh anda sertai. Marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan program ini. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi No 011-10101860 atau Email kami di operasi.abs@gmail.com. Terima kasih jumpa anda disana.

PESTA BUKU MELAKA 2022


Karnival

Tarikh : 27 Sep 2022 -02 Oct 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : The Shore Shopping Gallery, Melaka
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00p pagi - 10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
Nombor Telefon : 062824859
Email : admin@perpustam.gov.my
Laman Web: www.perpustam.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Rabak-Lit akan menganjurkan PESTA BUKU MELAKA 2022 bermula 27 September hingga 2 Oktober 2022 bertempat di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Terdapat pelbagai acara menarik disediakan seperti Pameran jualan Buku, Wayang Pacak, Persembahan Akustik, Forum, Cosplay dan lain-lain... Jom beramai-ramai hadir dan masuk adalah percuma..

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my

 

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@sinar.my .

 

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.