Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

SINAR Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

TOLL FREE HELPLINE FAMILYCARE@LPPKN


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 11 Oct 2021 -31 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Seluruh Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Adleen Hanie Haron
Nombor Telefon : 0326137555
Email : adleen@lppkn.gov.my
Laman Web: www.lppkn.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling secara dalam talian. Tuan/Puan boleh mendapatkan Perkhidmatan Tele-Kaunseling dan E-Kaunseling melalui Tol Free Helpline FamilyCare@LPPKN di talian 1-800-82-0300 untuk bercakap terus dengan Kaunselor Profesional LPPKN (Kaunselor Berdaftar) sekiranya anda mengalami isu-isu berkaitan Keluarga, Pasangan dan Perkahwinan. Waktu Operasi Ahad-Jumaat.

PENDAFTARAN KEAHLIAN U-PUSTAKA


Pesanan Khidmat Masyarakat

Tarikh : 04 Jan 2022 -31 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : www.u-pustaka.gov.my
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : NORHASLIZA BINTI MD SALLEH
Nombor Telefon : 0326871876
Email : norhasliza_m@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Anda minat membaca? Kini anda boleh membaca di mana-mana sahaja. Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan perpustakaaan digital www.u-pustaka.gov.my. Pendaftaran percuma. Pelbagai sumber elektronik seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-suratkhabar dan portal e-pembelajaran boleh didapati di bawah portal u-Pustaka. Maklumat lanjut, layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.

Perhatian Semua Veteran: Mohon untuk Khidmat Rehabilitasi Parkinson Percuma Hospital ReGen Rehab


Kesihatan

Tarikh : 16 Sep 2022 -15 Dec 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Hospital ReGen Rehab
Target Penonton : Umum
Masa : -
Individu Untuk Dihubungi : Hospital ReGen Rehab
Nombor Telefon : 03-76261388
Email : info@regen.rehab
Laman Web: https://www.regen.rehab/
Harga Tiket : Percuma

ReGen Rehab melancarkan inisiatif Rehabilitasi Parkinson #MyParkinsonsPartner dengan seruan kepada golongan veteran Angkatan Tentera yang menghidap penyakit Parkinson untuk mendapatkan rawatan rehabilitasi percuma. Inisiatif ini akan dilaksanakan dari 16 September hingga 15 Disember 2022. Untuk maklumat lanjut, telefon 03-76261388 atau e-mel info@regen.rehab.

PESTA BUKU MELAKA 2022


Karnival

Tarikh : 27 Sep 2022 -02 Oct 2022
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : The Shore Shopping Gallery, Melaka
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00p pagi - 10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
Nombor Telefon : 062824859
Email : admin@perpustam.gov.my
Laman Web: www.perpustam.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Rabak-Lit akan menganjurkan PESTA BUKU MELAKA 2022 bermula 27 September hingga 2 Oktober 2022 bertempat di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Terdapat pelbagai acara menarik disediakan seperti Pameran jualan Buku, Wayang Pacak, Persembahan Akustik, Forum, Cosplay dan lain-lain... Jom beramai-ramai hadir dan masuk adalah percuma..

KARNIVAL GORO & KOSPEN BERSAMA MBIP


Karnival

Tarikh : 01 Oct 2022
Hari : Sabtu
Lokasi : HADAPAN LANDSKAP HIBISCUS , JALAN 1/15 OFF JALAN GAPIS, TAMAN PULAI INDAH, JOHOR BAHRU
Target Penonton : Umum
Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang
Individu Untuk Dihubungi : NURUL AIN BINTI AHMAD LUTFI
Nombor Telefon : 0197700446
Email : nurul.space@gmail.com
Laman Web: https://www.facebook.com/krthibiscus
Harga Tiket : percuma

Dimaklumkan bahawa KRT Hibiscus akan mengadakan Majlis penutup " KARNIVAL GORO & KOSPEN BERSAMA MBIP" sebagaimana ketetapan berikut :- 📅 : 1 OKT 2022 ( SABTU) ⏱️ : 7.45 PAGI 🏘️ : HADAPAN LANDSKAP HIBISCUS , JALAN 1/15 OFF JALAN GAPIS, TAMAN PULAI INDAH, JOHOR BAHRU 🌺 Utk makluman, pelbagai acara telah disediakan pada hari tersebut utk semua Penduduk Pulai Indah antaranya:- 🌻 Pakaian beragam terbuka kpd peserta berumur 4 - 10 tahun 🌻 Memasak makanan sihat terbuka kpd peserta berumur 11 - 16thn 🌻 Memasak lauk asam pedas terbuka kpd peserta dewasa 🌻 Gubahan bunga terbuka kpd peserta dewasa 🌻 Gerai jualan terbuka kpd yg berminat 🌻 Taklimat drp Jab kesihatan, PDRM dan byk lg 🌻 Pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan gigi 🌻 Demo perangkap nyamuk drp PKDJB Unit Denggi 🌻 Fun Walk terbuka kpd semua Penduduk Pulai Indah 🌺 Utk makluman semua, YB Datuk Bandar MBIP, YB Datuk Hj Pandak serta Ahli Majlis Zon 1 Iskandar Puteri akan turut serta menjayakan program ini 🌺 Sehubungan itu, kami mohon kerjasama drp semua penduduk utk sama2 menjayakan program ini. Tanpa sokongan anda semua program tidak akan berseri😊

Ujian Kesihatan Darah Percuma


Kesihatan

Tarikh : 01 Oct 2022 -31 Dec 2022
Hari : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Lokasi : Diabetes Resource Centers, Bandar Botanic, Klang
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Institut Diabetes Negara (NADI)
Nombor Telefon : 03-33194100/4200
Email : enquiry.dcentersdiabetes@gmail.com
Laman Web: www.nadidiabetes.com.my
Harga Tiket : PERCUMA

Institut Diabetes Negara (NADI) menyediakan Ujian Kesihatan Darah secara PERCUMA (mengikut terma & syarat). Kami menjemput anda untuk menyertai kami bermula 1 Okt. – 31 Dis. 2022 (Isnin – Jumaat) di D' Centers, Bandar Botanic, Klang. Hubungi 03-33194100/4200 atau e-mel di enquiry.dcentersdiabetes@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang!

PROGRAM BICARA INTELEKTUAL 2022:"BERANI BERUBAH KEMBALI MEMBARA"


Pendidikan

Tarikh : 03 Oct 2022
Hari : Isnin
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Program Bicara Intelektual 2022: “Berani Berubah Kembali Membara” secara dalam talian menerusi platform pautan PNM TV Channel pada 3 Oktober 2022 (Isnin) pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.

JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA – NEGERI SEMBILAN


Karnival

Tarikh : 07 Oct 2022 -09 Oct 2022
Hari : Ahad, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Target Penonton : Mesra Kanak-Kanak
Masa : 9 AM - 9 PM
Individu Untuk Dihubungi : Aimi Amira Nordin
Nombor Telefon : 03-95438888
Email : nor-aimi-amira_nordin@astro.com.my
Laman Web: www.keluargamalaysia.gov.my
Harga Tiket : PERCUMA

Kunjungi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia – Negeri Sembilan pada 7 hingga 9 Oktober 2022 bermula pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Pelbagai perkhidmatan langsung Kerajaan dan program yang menarik disediakan terus kepada rakyat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial rasmi Keluarga Malaysia dan laman web www.keluargamalaysia.gov.my

Sunway World Smile Day Carnival


Karnival

Tarikh : 07 Oct 2022
Hari : Jumaat
Lokasi : BOULEVARD STREET, SUNWAY COLLEGE
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 a.m - 4.00 pm
Individu Untuk Dihubungi : Dr. Soo Shey San
Nombor Telefon : 016-9648831
Email : sheysans@sunway.edu.my
Laman Web: https://m.facebook.com/smilewithsunway/
Harga Tiket : PERCUMA

Berikut adalah secebis maklumat dari Kolej Sunway Subang. Bagi menyambut ketibaan Hari Senyuman Sedunia, Kolej Sunway Subang turut menganjurkan Sambutan Hari Senyuman Sedunia mereka sendiri. Tujuan utama acara ini adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan tenaga positif kepada semua orang. Pada masa yang sama, kami akan menderma semua wang yang dikumpul kepada NGO. Tarikh acara adalah pada hari-hari akan datang pada 7 Oktober (Jumaat) di Boulevard Street, Kampus Sunway. Majlis ini akan diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 4 petang. Selain jualan barangan bertemakan senyuman pada hari acara, terdapat juga pelbagai jenis aktiviti lain seperti gerai amal, persembahan penyanyi, selebriti internet dan pelajar, stesen permainan dan sebagainya. Mempunyai keinginan untuk mengalami peristiwa fizikal selepas wabak? Adakah anda ingin menikmati suasana dengan aura positif? Kemudian jangan ketinggalan acara menarik kami yang akan datang. Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut, sila ikuti halaman Facebook dan Instagram Kolej Sunway Subang (Facebook) : Senyum bersama Sunway, (Insta): @smilewithsunway.

SSMP Paya Besar Rugby 7 Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Cup


Sukan

Tarikh : 08 Oct 2022 -09 Oct 2022
Hari : Ahad, Sabtu
Lokasi : Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan.
Target Penonton : Umum
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Sekolah Sukan Malaysia Pahang
Nombor Telefon : 09547000
Email : cea4099ssmp@gmail.com
Laman Web: -
Harga Tiket : Percuma

Pertandingan Rugby 7 sebelah yang julung kali di adakan di bawah parlimen Paya Besar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang Yang melibatkan sekolah-sekolah jemputan dari seluruh Malaysia dan juga klinik pembelajaran dan kemahiran rugby. Pertandingan ini di adakan pada 8 dan 9 Oktober 2022.

PINK OCTOBER KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA BERSAMA KOMUNITI


Kesihatan

Tarikh : 14 Oct 2022
Hari : Jumaat
Lokasi : DEWAN MASJID PUNCAK ALAM
Target Penonton : 18 Tahun ke atas
Masa : 0900 PAGI-12 TENGAH HARI
Individu Untuk Dihubungi : ROS'AMALINA MUSA
Nombor Telefon : 03-33973000
Email : rosamalina@uitm.edu.my
Laman Web: -
Harga Tiket : PERCUMA

Selamat sejahtera, 💙 *PROGRAM PINK OCTOBER KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA* 💕Ajnuran Unit Onkologi Hospital Al Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam 🗓 *Tarikh : 14 Oktober 2022 Jumaat* ⏱ *Pendaftaran: 0900 pagi* 📍 *Lokasi : Dewan Masjid Puncak Alam* *Anda dijemput ke kempen kesedaran kanser payudara bagi perkongsian informatif tentang kanser payudara. Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, Bicara bersama pakar, berpeluang bertemu kanser servivor dan saringan kesihatan secara percuma di sediakan . Ayuh warga selangor untuk menghadiri program menarik ini. Jumpa anda disana!!

PESTA MEGA PENJAJA, PENIAGA, USAHAWAN KECIL KELUARGA MALAYSIA TAHUN 2022


Karnival

Tarikh : 20 Oct 2022 -21 Oct 2022
Hari : Khamis, Jumaat
Lokasi : Dataran Merdeka
Target Penonton : Umum
Masa : 10 am - 10 pm
Individu Untuk Dihubungi : Tharmaraj Sundran
Nombor Telefon : 03-88897790
Email : tharmaraj@kwp.gov.my
Laman Web: www.kwp.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Lebih 500 usahawan dan foodtruck menanti anda di Dataran Merdeka pada 20 dan 21 Oktober ini dari 10 pagi hingga 12 tengah malam sempena Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia iaitu acara terbesar yang julung kali diadakan pada tahun ini. Cabutan bertuah dan artis terkenal tanah air pun ada, jom kasi meriah!

MAWLID AGUNG ALAM MELAYU GENDERANG 1000 PENDEKAR, FESTIVAL KOTA KUALA KEDAH


Seni & Hiburan

Tarikh : 21 Oct 2022
Hari : Jumaat
Lokasi : MUZIUM KOTA KUALA KEDAH, ALOR SETAR
Target Penonton : Mesra Kanak-Kanak
Masa : 6.00 PETANG - 12 TGH MALAM
Individu Untuk Dihubungi : Ratib Alami
Nombor Telefon : 0126803971
Email : fatimahnurr@gmail.com
Laman Web: https://www.facebook.com/ratibalamijiwarasa
Harga Tiket : Percuma

Dijemput seluruh anak negeri bersama di majlisnya bersempena Festival Kota Kuala Kedah. Majlis pimpinan Sheikh Sidi Rohimuddin Nawawi Al Bantani [Ketua Kerukunan Ulama Nusantara]. Dendangan Syair Sultan Ahmad Tajudin,Qasidah Madaih Munajat & doa, Hadrah.

Kempen Derma Darah Rakan St. John


Derma Darah

Tarikh : 22 Oct 2022 -24 Oct 2022
Hari : Ahad, Isnin, Sabtu
Lokasi : Aeon Rawang, Aeon Cheras Selatan, Aeon Maluri
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00am - 5.00pm
Individu Untuk Dihubungi : Shun Jun Low
Nombor Telefon : +60126356299
Email : sjamkstu.shunjun@gmail.com
Laman Web: https://www.sjamsde.org.my/
Harga Tiket : Percuma

Kolaborasi dengan Pusat Darah Negara, St. John Ambulans Malaysia, Selangor Darul Ehsan akan mengadakan Kempen Derma Darah multi lokasi di seluruh kawasan Selangor. Dengan ini, kami ingin menggalakkan seluruh warga Malaysia untuk menderma darah bagi menambahkan bekalan darah dan menyelamatkan orang.

Program Segamat Sihat 2022


Kesihatan

Tarikh : 23 Oct 2022
Hari : Ahad
Lokasi : Segamat Central Shopping Mall
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : Marian Syafinaz Jumaat
Nombor Telefon : 013-7579 500
Email : maharani@kpjmaharani.com
Laman Web: www.kpjmaharani.com
Harga Tiket : Percuma

Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani akan mengadakan Program Segamat Sihat 2022 pada 23 Oktober 2022 yang bertempat di Segamat Central Shopping Mall Bermula 10:00 pagi hingga 2:00 petang. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung Segamat Central Shopping Mall antaranya, Pameran Jantung Gergasi, Ceramah Kesihatan "Gaya Hidup Sihat", Pertandingan mewarna kanak-kanak, Demo CPR dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Komunikasi permasaran di talian 013-7579 500 atau layari laman web: www.kpjmaharani.com

MAJLIS PELANCARAN DAN TAYANGAN PERDANA DOKUMENTARI KHAS KALAM KARYAWAN (DATUK DR. SITI ZAINON BINTI ISMAIL) DAN DOKUMENTARI KOLEKSI NADIR MALAYSIANA


Pendidikan

Tarikh : 26 Oct 2022
Hari : Rabu
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 9.30 am - 1.00 tengah hari
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Mari kenali dengan lebih mendalam berkenaan keperibadian Sasterawan Negara ke-14, YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail. Cabaran, harapan, dugaan serta pengalaman kehidupan beliau kesemuanya dirangkum dalam Dokumentari Khas Kalam Karyawan ini. Begitu juga dengan ‘Naskhah 1631’. Koleksi tertua milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini mempunyai 1001 kisah di sebaliknya. Menyorot perjalanan panjang naskhah yang berasal dari Kota Rom, Itali sehingga selamat tersimpan di PNM. Pasti anda tertanya-tanya, apa istimewanya koleksi nadir yang berusia 391 tahun ini? Kami bawakan kepada anda… Dengan penuh eksklusif.. Tidak pernah dirakam dan disiarkan sebelum ini.. Kami menjemput anda semua untuk bersama kami secara dalam talian!! Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.

YOUTH CAREER PERINGKAT KEBANGSAAN 2022


Karnival

Tarikh : 27 Oct 2022 -30 Oct 2022
Hari : Ahad, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : AEON AU2 Setiawangsa
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Nombor Telefon : 03-8871 3242
Email : ukk@kbs.gov.my
Laman Web: www.kbs.gov,my
Harga Tiket : PERCUMA

Y-Career Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran KBS dengan kerjasama PERKESO pada 27 hingga 30 Oktober 2022 bertempat di AEON AU2 Setiawangsa yang diadakanuntuk membantu belia di Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 1,00 peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai acara juga diadakan seperti Pertandingan E-Sport, Fashion Show, Kursus Face Painting dan lain lain lagi. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi media sosial rasmi KBS dan Jabatan Belia dan Sukan.

EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2022: LATIHAN PANGKALAN DATA J-GATE


Pendidikan

Tarikh : 27 Oct 2022
Hari : Khamis
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Individu Untuk Dihubungi : Mohd Zafri bin Zainol
Nombor Telefon : 0326871876
Email : zafri@pnm.gov.my
Laman Web: www.pnm.gov.my
Harga Tiket : Percuma

Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli u-Pustaka dan mempunyai akaun J-Gate? Jom ketahui cara untuk mendaftar sebagai ahli u-Pustaka dan akaun J-Gate serta kemudahan yang disediakan untuk anda. Mari bersama-sama menyertai Eksplorasi Digital@u-Pustaka 2022: Latihan Pangkalan Data J-Gate secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting pada 27 Oktober 2022 (Khamis) pukul 10.00 pagi - 11.30 pagi. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438888 atau lawati sinar.my

 

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@sinar.my .

 

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.