TAKLUK : LAHAD DATU – Diinspirasikan Daripada Kisah Benar adalah filem yang diinspirasikan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013. Kumpulan Gagasan Militan Nusantara GMN yang dipimpin oleh Raja Iskandar memasuki kampung Batu Jugar. PDRM menubuhkan pasukan pengurusan krisis dan berusaha melakukan rundingan damai untuk mengelakkan pertumpahan darah. Rundingan yang diketuai oleh Datuk Mizan.

Ketegangan meningkat apabila pasukan PDRM bertembung dengan militan GMN semasa memindahkan orang awam, menyebabkan rundingan dihentikan. PDRM membuat kepungan dan menutup jalan keluar, diikuti dengan pertempuran sengit yang mengorbankan 2 anggota VAT 69 dan mencederakan anggota lain. Pada hari berikutnya, serangan ke atas kampung air yang menyebabkan beberapa anggota PDRM terkorban dan tercedera.
Operasi Takluk dilancarkan. PDRM berjaya menyelamatkan anggota dan penduduk yang ditawan serta menumpaskan saki baki militan GMN, tetapi ahli tertinggi GMN masih terlepas dan Operasi Takluk diteruskan bagi membantera penceroboh GMN.
TONTON TRELER PENUH DI SINI
Saksikan filem ‘TAKLUK: LAHAD DATU’ bakal ditayangkan di pawagam mulai 22 Ogos 2024 di seluruh Malaysia.
Anda nak menjadi yang terawal untuk menonton filem ‘TAKLUK: LAHAD DATU’ di pawagam? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda ke tayangan perdana. Jawab soalan mudah berikut.
Tarikh: 20 Ogos 2024 (Selasa)
Lokasi: GSC KL East Mall, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 Malam
*Apple is not the sponsor nor connected in any way, shape or form with the competition.