Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka. 

peraduan sinar | hausboom music festival 2024

Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah Lagenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin. Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai. Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hausboom Music (@hausboommusic)

Bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 & 6 Oktober ini, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon”, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom menyifatkan sudah tiba masanya beliau melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.

Anda nak menjadi sebahagian daripada peminat untuk menonton Hausboom Music Festival 2024 secara langsung? SINAR nak belanja 2 keping tiket untuk anda! Jawab soalan mudah berikut.

Tarikh: 5 & 6 Oktober 2024 (Sabtu & Ahad)

Lokasi: KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Masa: Bermula 12 Tengahari

Enter security code:
 Security code