Resipi 1: Ayam Ungkep

Bahan-bahan:

  1. Ayamas Kitchen Krim Kelapa (500g)
  2. Ayam 1 ekor - potong 12
  3. Buah keras 4 ketul
  4. Bawang merah 500g
  5. Bawang putih 200g
  6. Cili padi 10 batang
  7. Serai 4 batang
  8. Lengkuas seketul (50g)
  9. Daun limau 3 keping
  10. Asam keping 2 keping
  11. Serbuk jintan manis 50g
  12. Serbuk jintan putih 50g
  13. Serbuk ketumbar 100g
  14. Serbuk kunyit 50g

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, buah keras dan cili padi.
  3. Tumiskan bahas kisar tadi.
  4. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. Masak sehingga naik bau dan sedikit garing.
  5. Masukkan Ayamas Kitchen Krim Kelapa.
  6. Masukkan ayam yang digoreng tadi kemudian masukkan serai yangg telah dititik, asam keping, dan daun limau kedalam kuali.
  7. Masak dengan api perlahan.
  8. Siap dihidang.
 

Resipi 1: Ayam Ungkep

@sinar_my Ada yang dah try resipi Ayam Ungkep @angahchef menggunakan Krim Kelapa @ayamaskitchen yang senang dan menyelerakan ni? Bila tengok Angah makan, lagi la tak sabar nak cuba kan? Sesuai sangat untuk bersahur dan berbuka. Ha, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah salin resipi ni. #AyamasKitchen #SantanKelapa #KrimKelapa ♬ original sound - SINAR
 

Resipi 2: Pulut Pandan Jelly Ball

Bahan-bahan:

  1. Ayamas Kitchen Santan Kelapa
  2. Konnyaku jelly powder plain 140g
  3. Air putih 700ml
  4. Pandan flavour (colour)
  5. Beras Pulut
  6. Air gula melaka
  7. Daun pandan 3 helai
  8. Garam
  9. Bekas jelly ball

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan pulut yang sedia untuk dimakan.
  2. Masukkan pulut yang telah dipotong kecil ke dalam acuan jelly ball.
  3. Seterusnya, masukkan konnyaku jelly powder plain 140g ke dalam kuali.
  4. Masukkan 600ml air putih perlahan-lahan ke dalam kuali berisi serbuk jelly ball sambil gaul sebati.
  5. Buka api besar dan masak sehingga mendidih. Kemudian, pasang api kecil selama 3 minit.
  6. Sementara menunggu, masukkan perisa pandan hijau ke dalam kuali.
  7. Matikan api dan tuang sebatian tadi ke dalam acuan jelly ball dan tutup acuan.
  8. Masukkan acuan jelly ball ke dalam peti ais selama 2 jam.
  9. Kemudian, masukkan Ayamas Kitchen Santan Kelapa, daun pandan, sedikit gula dan garam ke dalam kuali. Pasang api perlahan sehingga mendidih.

Cara menghidangkan:

  1. Hidangkan 10 biji jelly ball ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan kuah santan yg dimasak tadi.
  3. Tuangkan sedikit air gula.
  4. Siap dihidang.
 

Resipi 2: Pulut Pandan Jelly Ball

@sinar_my Musim panas ni syahdu betul kalau dapat berbuka dengan Pulut Pandan Jelly Ball kan? Rasa sejuk je masuk ke tekak. Apa lagi? Jomlah try resipi @angahchef yang menggunakan Santan Kelapa @ayamaskitchen ni! #AyamasKitchen #SantanKelapa #KrimKelapa ♬ original sound - SINAR