Menunaikan haji bagi yang mampu merupakan salah satu rukun islam . Namun tidak semua diantara kita yang mempunyai peluang dan rezeki untuk menjejaki tanah suci Mekah.
Bagi yang belum pergi ianya mungkin kerana belum cukup wang atau perlu menunggu giliran dipanggil Tabung Haji. Namun, kegembiraan pastinya dirasai buat mereka yang berjaya melakukannya pada usia muda.
Menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti tidak mengecualikan mereka untuk menunaikan ibadah suci ini dan ini antara senarai artis popular yang menunaikan haji.
1. Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara ini pertama kali mengerjakan haji pada 2007 ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.
2. Neelofa

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor bersama ibunya ditemani selebriti, Vie Shantie Khan menunaikan haji pada usia 27 tahun.
3. Nabil Ahmad
Pelawak terkenal ini menunaikan haji seorang diri pada umurnya 32 tahun bersama 21 jemaah yang turut sama dengan rombongannya berpeluang melakukan haji ifrad apabila dia dan jemaah lain terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram.
4. Deja Moss
Mengerjakan haji pada 2002, Deja atau Sharifah Hadijah Wan Mos tidak menyangka menerima panggilan lebih awal daripada Tabung Haji.
5. Hafiz Hamidun
Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar.
6. Mizz Nina

Shazrina Azman, 37 atau nama panggilannya Mizz Nina dan suami, Noh Hujan berpeluang menunaikan haji bersama-sama ketika usia 34 tahun pada tahun 2013.
7. Rossa

Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handayani pernah menunaikan umrah dan menunaikan haji pada tahun 2002.
8. KrisDayanti

Selepas pertama kali mengerjakan umrah, penyanyi yang popular dengan lagu Menghitung Hari itu bersyukur apabila dapat menunaikan haji setahun selepas itu.
9. Oki Setiana Dewi

Penyanyi dan pelakon ini sangat teruja berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama suami, Ory Vitrio pada usia 28 tahun.
10. Maher Zain

Penyanyi Lubnan kelahiran Sweden dan dikenali di Malaysia dengan lagu Thank You Allah ini menunaikan haji pada 2012 ketika usia 31 tahun.
Kredit Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.